22 Mei 2009

Tanpa Tajuk









Pak Hitam.
Jaga negerimu baik-baik.






19 Mei 2009

Penanti Menanti





Dia kata tak ada takut.
Aku kata berani pun dia tak ada.
Dia bukan takut, dia cuma tak berani.
Siapa tangkap aku gigit!
Ha ha ha ha.
4 tangkap 1.
Pistol lawan gigi.



14 Mei 2009

ApaApaSajaLah


Bila pelancong bertanya apa yang uniknya di Malaysia, akan hamba khabarkan!

"Politiknya."

Rampas, sah, rayu dan tangguh.

12 Mei 2009

Tulis Atas Batu 'Tentang Kemelut Kuasa"


Rumah sakti lontar suara
Sah! Dia itu, masih MB

Jika aku di kerusimu
Sungguh, aku malu!

Baliklah
Sarung saja seluar dalam ke muka

Sampaikan salam kepada ketua besar
caP ayaM

Ha ha ha ha ha ha ha
Aku rakyat kecil sedang ketawa

Menonton jenaka pembikin drama
Mungkin filem pendek
Mungkin telefilem cerita pelik

Baliiik...
Baaalikklaaahh.....
Balik!!!


03 Mei 2009

Karaoke Tak Okey


Ketika jari-jemari terhegeh-hegeh menekan butang-butang huruf menulis rasa yang mahu dikata untuk dibaca. Ada kenduri. Ada karaoke. Ada ramai sumbangkan suara-suara sumbang
berdendang.

Langit mula mendung. Ada kenduri. Ada karaoke. Ada ramai sumbangkan suara-suara sumbang berdendang.

02 Mei 2009

Sibuk-sibukkan

Sibuk! Itu saja alasan untuk tidak kemaskini blog bagi seorang yang bukanlah pandai sangat menulis. Dan yang pasti aku bukanlah YB atau menteri apatah lagi Perdana Menteri atau Datuk Bendahara sekalipun untuk beralasan tentang sibuk.

Dan jika YB dan menteri dan Perdana Menteri dan Datuk Bendahara mula berblogging...

Apa lagi alasan sibuk bagi seorang rakyat kecil seperti aku?

Datuk Bendahara...

ooOO...

18 April 2009

Masuk Percuma, Keluar Berapa Harga?


"Eeeh seronoknya...masuk percuma!" Riang wajah mak cik itu berkata sambil memimpin tangan anak lelaki berhingus. Berdiri menatap poster yang ditampal di hadapan pintu masuk PWTC.

"Oooii masuk percuma kalau keluar berapa pula kena bayar agaknya ya?" Bebelnya sendirian. Ternyata ekonomi yang makin lembab membuatkan rakyat Malaysia pening seketika.

15 April 2009

Jangan Datang Tapi Tak Singgah!


Rugi datang ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC
pada 19 April 2009 jam 2:00 petang
jika tidak singgah ke acara ini.

09 April 2009

Kepala Licin


Pagi yang dingin. Biasanya aku buka e-mel dan semak apa yang patut sebab waktu ini internet di rumah aku laju. Ha haa.

Nota-nota daripada rakan Facebook paling banyak masuk berbanding lubang-lubang kerja tempahan ilustrasi dan karikatur daripada pelanggan. Emmm...

Pagi ini. Aku dapat nota daripada kenalan yang berada di Bandung. Katanya...


Helmy telah menghantar pesanan kepada anda.
-------------------------------------------------------------------

Perkara: Pak cik saya dr Indonesia..Bandung

apakabr pak cik??saya pelukis muda mempunyai karya karya LUKISAN MODERN ARt dr OIL ON CANVAS..sya punya lukisan F! Reds Ferrari Schumi no 3 ukuran 100cmX70cm adakah yg berminat d Malaysia??terimakasih Pak cik..Salam Hangat
-------------------------------------------------------------------

Aduuuuhhh...

Pak cik? Mentang-mentang dalam Facebook aku tampal gambar berjanggut panjang kepala licin.





29 Mac 2009

Ucapkanlah...