Busu pertama kali ke Kuala Lumpur. Sebelum ini dia begitu teringin menjejakkan kaki ke bandaraya hutan batu yang penuh dengan kemajuan ini. Megat, kawan rapat sekampung Busu sudah 13 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Menjadi pegawai sebuah syarikat swasta. Sempena cuti Am Hari Natal, Megat mempelawa Busu datang ke Kuala Lumpur. Sejak Aidilfitri yang lalu, Busu asyik bercakap mahu sangat menaiki komuter.
Jam 2:01 petang di hari Natal itu, Busu dibawa Megat ke KL Sentral. Dua tiket komuter dibeli. Pesan Megat kepada Busu, "Berhenti sahaja komuter di stesen bawah ini nanti, kau guris tiket ini ke pintu untuk membuka." Sambil menunjukkan tiket dengan bersungguh-sungguh.
Mereka turun dan menanti komuter ke Seremban. 15 minit menunggu, komuter pun sampai. Busu berada di barisan paling depan. Rasa teruja untuk menaiki komuter bergelodak dalam hatinya. Berhenti sahaja komuter di landasan, Busu lantas mengguris tiketnya ke muka pintu komuter. Pintu terbuka. Megat ketawa kecil dari belakang. Penumpang yang mahu keluar dari komuter memaki-maki Busu. Busu hairan...
4 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:
kih kih kih..
pedajal sungguh megat nih..
Nasib baik guris pintu kalau di guris hati, lantas bagaimana?
Spyz,
Kuh kuh kuh...
Cuba sekali tengok camne.
aMeir,
Lantas Busu pun masuk parti lain.
Ha ha ha.
jahat tau megat nih... ha ha.
Catat Ulasan