06 Januari 2009
Bang Lemaaaaaaannnnnnnn!!!
Abang Leman berlari terkocoh-kocoh keluar apartment tingkat bawah. Meluru ke ampaian, mengangkat pakaian di jemuran. Angkat masuk bakul. Angkat masuk bakul.
"Aih, hujan panas ke? Baju tak basah pun." Kata abang Leman sendirian. Kerja mengangkat pakaian di jemuran tergendala sebentar.
Abang Leman mendongak ke langit. Silau matanya di sergah matahari. Telinganya ditumpukan pada bunyian hujan yang didengarnya sejak tadi, sayup-sayup. Di tingkat satu apartment itu, Kak Jenab sedang mengisar cili kering.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:
Jemurlah balik, hahaha......
hujan buatan manusia yang biasa terjadi di apartment....betul ke tafsiran aku ni?
hahahahahaha.... mana sama bunyi dia weh...!
.
jonos 11hb tu belah pompuan kan? bulih ke dtg nih... kang gua datang kena halau pulak kang... ha ha.
.
Nizam Ariff,
Angkat kain hujaaannn, jemuran dah turuuun...
Akupentoi,
Betul. Lepas ni kau tafsir mimpi pulak.
Tasik,
Aku dengar sama. Telinga aku jenis capang. 11 Jan, aku jawab di YM. He he he.
Macam kisah Pendekar Bujang Lapuk.
psst - Selamat Pengantin Baru jOnOs!
bro, Selamat pengantin baru.
Yunus Badawi,
Ha ha ha. Bujang Lapuk Kembali daaa. Terima kasih atas ucapan.
Dug,
Terima kasih, jumpa di MASKARA Feb 2009.
Catat Ulasan