01 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009...Baru 2009. Belum 2020.

Perut berlagu. Awal pagi sudah bercelaru dengan kesibukan pulang para penyambut tahun baru. Singgah di stesen petrol mencari sesuatu. Buat pengalas perut yang berdodoi lagu-lagu Asli Melayu.

Sampai di lorong, kereta dipandu laju. Terlajak dari kaunter tempahan makanan, lalu mengundur bagi memesan makanan yang perlu.

"Laju sangat abang memandu." Tegur jejaka bertopi logo huruf 'M', berkemeja, sambil mengambil tempahan makanan segera yang diminta.

"Saya silap tengok tadi. Ingat 'Pandu Laju'. Rupanya 'Pandu Lalu'. Aku memberi penjelasan.

7 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:

faxura berkata...

Selamat tahun baru bro.. wish u all da best...

Water Lily berkata...

Banyak la ko punya penjelasan hahahaha!

Selamat tahun baru bro!

http://www.akupentoi.blogspot.com berkata...

patut ada trafic light kat kaunter tu...tak pun speed trap..

tasikmerah berkata...

hahahaha... ada2 je lu ni lah... lempang nak? ha ha.



.

jOnOs berkata...

Faxura,
Sama-sama. Selamat Tahun Baru.

Water,
Ada banyak lagi penjelasan lain. Nak aku tulis? Ha ha ha. Selamat Tahun Baru.

Akupentoi,
Lagi patut adakan sekatan JPJ. Huhuhu.

Tasik,
Lempang? Gua kasi lu pilih juga.
S.E.P.A.K. sepak(tangan) ke sepak(kaki) lu nak? Ha ha ha.

ibnukaduk berkata...

Aku pun dulu ada sekali macam tu. Tapi lain sket la. Papan Tanda tu tulis " Ditegah Meludah ! " aku ingat "Ditengah Meludah" aku panggil mamak kedai, aku kata salah tatabahasa. Patutnya sila meludah di tengah, tapi tengah apa? akupun tengok balik, Ceh!! "DITEGAH !!"

jOnOs berkata...

Ibnukaduk,
Mujurlah...buatnya "Meludah Di Tengah Dia..." Haru.