24 Februari 2009
Ooooo...Som!
Belum selesai masalah dengkuran, Pak Andeh dikunjungi masalah selsema. Pak Andeh pantang terdedah pada habuk. Asal kena habuk bersin. Kena habuk bersin.
Tengahari itu panas terik. Mak Mandir meminta Pak Andeh menyapu karpet yang sudah seminggu tidak dibersihkan kerana vakum rosak. Entah apa rajinnya, seminggu yang lalu Pak Andeh menggunakan vakum bagi menyedut sisa makanan di sinki yang tersumbat.
Ubat selsema Mak Mandir masih tersimpan rapi dalam rak kasut. Kerana tidak sanggup menahan hingus yang asyik meleleh, Pak Andeh menelan 3 biji pil selsema. Akibatnya, 15 minit kemudian Pak Andeh sangat mengantuk lantas membancuh segelas kopi Tongkat Ali dengan dua pek Tongkat Ali segera.
Sehingga ke senja, Pak Andeh tidur dalam keadaan mata yang terbuka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:
Salam..
Masih tak hilang lagi masalah dengkur? Cuba guna klip, sepit kat hidung..
Kini masalah slsema boleh hilang dengan mudah. Tapi maslah muntah tak hilang-hilang. hari-hari ter"baca" tajuk akhbar di kedai mamak, mesti aku termuntah. Aduh, hari-hari sejak 5 Feb. dah tak tahan dah ni. olonglah. Tolonglah bubar dun perak ni.
resepi ubat selsema dgn tongkat ali tu boleh mengakibatkan mati pucuk tau jonos. lu bebaik. hahaha...
.
Tak yah risau bro, dulu Tasek pernah cakap boleh ganti dgn pucuk ubi... hahaha
Zealboat,
Salam...
Nanti dengkur sengaulah pulak.
Tanpa Nama,
Tahniah! Anda mengandung.
Tasik,
Pucuk dicita ulam mendatang.
Nizam,
Psstt...pssstt...Tasek mana ada PUCUK. Ulam adalah.Ha ha ha.
Tada apa la sama itu Maskara Dangdut. Sini tika teki mau tanya sama semua la dey. Ini orang panggey tika teki peribahasa la dey.
1. Jikalau guru kencing berdirian, anak murid kencing berlarian, betul?
Jikalau tukang kebun kencing? - kasi jawap la dey…
2. Jikalau rumah sudah kata pigi, kubur sudah kata mari, Apa kata penggali
kubur? - kasi jawap la tasek sama jonos.
Saya tau itu saolan 1 jonos musti tau mau jawab la dey, karena beliau isteri merupakan seorang guru taulihan.
Rajiv,
Dey...itu penggali kubur kata belilah vcd 'Cinta Penggali Kubur"
lakonan Nasir Bilal Khan.
Catat Ulasan