Jarang-jarang aku tonton drama Melayu. Kadang-kadang ada juga ceritanya yang bagus-bagus. Sedikit-sedikit sahaja yang rajin buat kajian ketika menulis cerita.
Malam semalam yang malam. Aku berusaha memberi sokongan kepada drama Melayu. Drama yang ditayangkan sejam. Seminggu sekali agaknya setiap Sabtu.
Dan. Drama Melayu itu sangat bagus dan berkualiti sekali arahannya. Bayangkan 3 pengawal peribadi kepada seorang gadis memakai cermin mata hitam bukan sekadar dalam kafe yang berlampu malap, malah 3 pengawal peribadi turut bercermin mata hitam di malam gelap ketika mengiringi gadis itu pulang.
Huh...
Malaywood sungguh!
5 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:
Cermin mata x-ray tu dude... hahaha
Patutla aku terpanggil untuk mengalihkan tontonan ke saluran yang lain. Memula aku pun tengok, tapi geli mendengar dialog yang ditampilkan. "lambat laun mereka pasti tertangkap juga" kata polis tu. ( Wey..,memang la polis tu akan tangkap penjahat, tak payah bagitau pun kita dah tahu, carila skrip yang best sikit kan...? )
Nizam,
Huh, nampak dia punyaaaa.
Mat Rapi,
Memang ada kes yang bukan setakat laun, malah lambat polis dapat tangkap.
Ha ha ha.
cerita hape tu jonos? aku tgk spa q je petang2. ha ha.
.
Tasik,
Cherita dongengan untuk rakyat Malaysia. Ha ha ha.
Catat Ulasan