19 Mac 2009

Angan Dan Sedar


Aku sangkakan, aku masih kategori muda. Muda. Bukan remaja. Bila ada satu pertandingan bakat muda, aku cuba sertai.

Syarat penyertaannya seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah layak mengambil bahagian
( termasuk pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta –
tempatan / luar negara ).

2. Produksi yang dihasilkan pada tahun 2007 dan 2008 sahaja layak menyertai
pertandingan.

3. Tema bagi produksi bla...bla...bla... adalah terbuka (universal) dan mestilah
berbahasa Malaysia.


Syarat pertama sudah tidak melayakkan aku sertai. Syarat berikutnya aku tidak sanggup baca lagi. Entah apa lagi yang terkandung bakal buat aku insaf dan sedar.


Ha ha ha.

5 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

hahahhahha...hari sudah siang beb..hhehehehe....wa pun kekadang lalai..

tasikmerah berkata...

lu tak layak jonos?

aku layak!!

hahahaha....



.

jOnOs berkata...

akupentoi,
Ooo...gua lupa buka kacamata hitam.

Tasik,
Weeek!

Water Lily berkata...

Aku pun sedih juga bila berlaku insiden begitu.

Mas muda,aku miskin,duduk kampung,tak kenal IT. Pendek kata tak de peluang. Bila peluang datang,umur dah terlajak,kudrat dah tak seberapa.

Haih!

ibnukaduk berkata...

kau masuk jer.
Yang tahun sudah pun dimenangi oleh mereka yang berumur lebih dari syarat layak. Biasala Malaysia. Hadiah kongsi-kongsi la beb.. syarat? boleh ubah las minit. Macam yang baru habis bersidang tu.. Orang kata, Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Tukang kebun kencing? Hah jangan percaya kat tukang kebun yang kaki kencing tu..