04 Mac 2009

Dog Teeerr...


"Dog! Dog!." Seorang lelaki menjerit sambil tangan melambai-lambai ketika sedang berjalan di kaki lima sebuah klinik. Aku lari lintang-pukang. Bimbang digigit atau dijilatnya tangan, satu kerja nak cari tanah. Bukan lelaki itu. Dog, maksud aku.

Sampai di kedai 24 jam, aku berhenti dan menoleh. Tidak jauh dari jarak klinik. Seorang doktor keluar dari kereta dan bersalaman dengan lelaki yang menjerit tadi.

Oouuu...Doc. Doctor. Mati-mati aku ingat dia jeritkan aku sebab ada anjing di belakang tadi. Salah dengar.

5 Pengulas Kerana Perutnya Tidak Memulas:

tasikmerah berkata...

gelabah ayam! hahahaha...



.

aMeir berkata...

Tasek,jonos kata Dog, bukan chiken, hen ataupun cock. Patutnya, gelabah anjing.Bukan gelabah ayam!!

Nizam.Ariff berkata...

Doc tu punya Dog kut, dia parking kat luar klinik...

jOnOs berkata...

Tasik & aMeir,
Dua-dua salah.
Aku gelabah kudalah!

Nizam,
Klinik tu punya doc punya dog punya kot...kot.

Water Lily berkata...

Ko salah faham. Lain kali ko suruh dia mengeja dulu perkataan dog/doc sebelum lari.

Takdelah gelabah kuda hahaha!