26 Februari 2009

Ahamha!


Veteran-veteran politik telah menerima pelbagai pangkat sebagai gelaran. Selain Tun, Tan Sri, Dato' Sri, Datuk, Yang Berhormat dan sebagainya, politik kini menambahkan satu lagi jenis pangkat sebagai gelaran buat yang muda-muda.



Celaka!





Tahniah kepada yang menerima pangkat ini.

25 Februari 2009

Butir, Peluru Dan Dua Biji Teluuuuurrrrr


Yang mengirim itu berbutir...

Yang menerima itu juga berbutir...



Yang mengapi-apikan itu berteluuuuurrrr.

24 Februari 2009

Ooooo...Som!


Belum selesai masalah dengkuran, Pak Andeh dikunjungi masalah selsema. Pak Andeh pantang terdedah pada habuk. Asal kena habuk bersin. Kena habuk bersin.

Tengahari itu panas terik. Mak Mandir meminta Pak Andeh menyapu karpet yang sudah seminggu tidak dibersihkan kerana vakum rosak. Entah apa rajinnya, seminggu yang lalu Pak Andeh menggunakan vakum bagi menyedut sisa makanan di sinki yang tersumbat.

Ubat selsema Mak Mandir masih tersimpan rapi dalam rak kasut. Kerana tidak sanggup menahan hingus yang asyik meleleh, Pak Andeh menelan 3 biji pil selsema. Akibatnya, 15 minit kemudian Pak Andeh sangat mengantuk lantas membancuh segelas kopi Tongkat Ali dengan dua pek Tongkat Ali segera.

Sehingga ke senja, Pak Andeh tidur dalam keadaan mata yang terbuka.

23 Februari 2009

Sek Sek Sek...Tom Tom Tom...


Pagi yang pagi. Sambil bersapan, Mak Mandir membicarakan tentang malam. Malam Mak Mandir yang tidak begitu lena. Sudah tiga bulan Pak Andeh asyik berdengkur. Mak Mandir menasihatkan agar Pak Andeh membuat pemeriksaan doktor akan masalah dengkurnya yang mengganggu lena Mak Mandir.

Pak Andeh memang seorang yang tidak gemar ke klinik. Kali terakhir Pak Andeh ke klinik pada 4 tahun yang lalu kerana dia syak dirinya mengalami senggugut.

Kerana mahu mengelak daripada terpaksa ke kllinik dengan dengkurnya itu, Pak Andeh cuba meyakinkan Mak Mandir dengan berkata, " Darling, i rasa tidak perlulah i ke klinik dengan masalah dengkur ini. Sekarangkan zaman moden. Esok i akan ke farmasi beli 'Eizlan Yusof' untuk tampal di hidung. Mesti dengkur itu akan hilang."

18 Februari 2009

Pakalolo Latokongsei


Malam yang malam. Pak Andeh dan Mak Mandir baru selesai makan. Pak Andeh duduk di sofa sambil cuba mencampakkan remote tv kepada Mak Mandir.

"Tak mahu." Mak Mandir geleng kepala sambil berjalan-jalan di ruang tamu.

"Kenapa asyik berjalan?" Pak Andeh kehairanan.

"Saja nak bagi makanan turun cepat." Jawab Mak Mandir.

"Ooo...lebih baik melompat-lompat. Mesti lagi cepat turun makanan." Buah fikir yang bernas daripada Pak Andeh.

Mak Mandir cuba melompat-lompat mengikut cadangan Pak Andeh.

"Darling, cepat sini tengok." Mak Mandir memanggil mesra.

"Apa dia?" Pak Andeh cemas.

"Nasi tadi, dah sampai betis. Itu, itu...dah turun ke ibu jari kaki. Kan?" Mak Mandir gembira.

17 Februari 2009

Kungkrang Kungkrang Manaam


Pagi Khamis yang Khamis. Pak Andeh di pejabat mengirimkan lukisan
comel yang comel, dilakar dari telefon bimbitnya.

Sms Pak Andeh kepada Mak Mandir : *Pling*

(^_^)

Mak Mandir membalas sms segera : *Plung*

() " " " ()

Pak Andeh melakar lukisan yang lebih besar : *Pling*

( ^_^ )

Mak Mandir membalas kembali : *Plung*.

"Comelnyaaaaa, nak lagi."

Pak Andeh melakar yang terbaru : *Pling*

( . ) ( . )
...\.. /
..( v )
./ / \ \
.\ \ / /
.- - - -

Mak Mandir : *Plung*.

"Ok, malam ni."

Mereka memang saling memahami. Walau dengan sekadar lakaran.

Kue Sandemera


Pak Andeh dan Mak Mandir masing-masing menggunakan telefon bimbit yang sama jenis. Sama model. Sama harga. Sama warna. Beza nombor talian.

Pada suatu pagi yang pagi, Pak Andeh menimbang-nimbang telefon bimbitnya di tangan kanan dan telefon bimbit Mak Mandir di tangan kiri.

Pak Andeh, "Mak Mandirnya, kenapa telefon you lebih berat dari telefon i?"

Mak Mandir, "Berat apanya...jenis sama. Model sama. Merepek-repeklah you ni darling."

Pak Andeh, "Ooo...barangkali telefon you lebih banyak menyimpan nombor berbanding telefon i." Terfikir jawapan mengikut logik akalnya sendiri.

15 Februari 2009

Askoronggel Abutokosambororoyo Kuikaramseh


Pak Andeh gemarkan ikan kembung goreng. Hampir setiap hari Mak Mandir melumurkan kunyit dan garam bagi menggoreng ikan kembung kesukaan suaminya.

Petang Sabtu itu, entah apa buang tabiatnya Pak Andeh melumurkan sendiri garam dan kunyit pada dua ekor ikan.

"Oit...oit...Pak Andehnya. Disapu kunyit dengan garam dekat ikan tu hari ni apa kes?" Mak Mandir menyapa.

"Biasa sebelum you goreng, i tengok you buat macam ni." Pak Andeh menerangkan.

"Itu ikan kembong, yang ini ikan masin darling ooiii..." Mak Mandir cuba memberi penjelasan dengan nada tegas berbau romantik.

14 Februari 2009

Risalah Buat Orang Besar, Katak Dan Nenek

Kerana berita-beritanya menyakitkan hati
orang besar beruban kepala gilakan kuasa...
maka dirampaslah akan ia oleh konco-konco
yang mengharapkan gaji menyara keluarga.

Hey, usah bicara memperjuangkan Melayu
kalau dari dulu hingga kini dilihat sebuah
majalah hiburan menunjukkan separuh
'mangga' muda tersembul bertakung
putih gebu dari artis Melayu milik kronimu.

Konco-koncomu pejamkan mata?

Rampaslah...

Rampas majalah hiburan itu!!!





13 Februari 2009

Risalah Buat Orang Besar Yang Berperut Besar


Apabila orang-orang besar planet itu sudah hilang pengaruhnya.
Maka digunakanlah kuasa ajaib merampas segala bentuk bahan
baca yang boleh menyampaikan kebenaran dan mencerdikkan
makhluk-makhluk penghuni planet itu yang membacanya.

Dan...bergemalah dongengan ke seluruh planet itu memaksa
penghuni percaya dan mempercayai akan pemerintahan busuknya.

Orang-orang besar. Cukuplah membesarkan perut.
Kami sudah meluat dan hilang percaya!

12 Februari 2009

Risalah Buat Dato Sri Kelembai


Setelah penat bermain sumpah...menyogok dan mengugut.
Selepas ini apa lagi akan kau lakukan wahai Sang Kelembai?

11 Februari 2009

Risalah Buat Katak Dan Nenek


Rampas!
Rampas!
Rampas!

Kepala hotak kau berjambul!!!

On Air

Tun Hussein Onn, Jaafar Onn, Linda Onn,

Kawan lama aku, Normala Binti Onn. Sepejabat. Dulu, tahun 2002.
Enggan namanya kami panggil Mala Onn. Emmm.....

08 Februari 2009

MASKARA 13

Malam minggu itu.
Rumah Pena yang sendat.
Gua yang terlewat.
Terkulat-kulat.
Menyaksi pelbagai gaya seni manusia hebat.

Di penjuru terpaku.
Terkadang membisu.
Tiba-tiba terhidu.
Bau menusuk kalbu.

Bukan ketiak kawan.
Bukan peluh kawan.
Bukan mulut kawan.
Kita kawan-kawan...

Mengaku sajalah lu sudah lepaskan dua das buat semua kawan-kawan sejiran. Terkadang...ada yang segan-segan menepis bau yang tidak kelihatan. Siapa kentut malam itu kawan?

Nota : Sol-Jah! Selain tin puntung rokok, gua cadangkan letak tin melepaskan kentut. Kasi bergema itu satu malam. Ha ha ha.


04 Februari 2009

Hapuskan Politik Wang

Gua tak mahu tulis apa-apa ini hari. Lu tengoklah sendiri...

03 Februari 2009

Melengas


Satu mangkuk, dua mangkuk, tiga mangkuk
tom yam dijamah malam tadi.

Satu mangkuk, dua mangkuk, tiga mangkuk
aku memerut memenuhi mangkuk tandas.

Pagi ini.

Aduuussss...

Berbisa...

Melengas!

02 Februari 2009

TV3SUKU


31 Januari 2009.
Tokoh-tokoh dan pejuang bahasa
berhimpun demi bahasa,
menentang dasar kerajaan
yang tak reti bahasa.


01 Februari 2009

Saksi Diminta Tampil Beri Keterangan


Kepala pecah bersepai, tangan putus kiri dan kanan,
manakala badan leper. Keluarga mereka diminta
hadir bagi mengecam mangsa kejadian.








Padan muka kau nyamuk!


Siapa suruh masuk dalam kain aku dan menggigit?