29 Mac 2009

Ucapkanlah...














28 Mac 2009

Padam Dan Rebut


Malam ini, menyahut kempen 60 minit padamkan lampu. Dan aku mula meraba.

Esok hari, kempen pencalonan merebut dua bukit dan satu batang.


24 Mac 2009

Kementerian DALANG Negeri



Pilihan raya kecil makin dekat. Dan kerajaan mula menggunakan segala ilmu kuno yang ada bagi menyekat pengaruh lawan. 3 bulan gantung. Serta merta!


"Telor kecik!"

19 Mac 2009

Angan Dan Sedar


Aku sangkakan, aku masih kategori muda. Muda. Bukan remaja. Bila ada satu pertandingan bakat muda, aku cuba sertai.

Syarat penyertaannya seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah layak mengambil bahagian
( termasuk pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta –
tempatan / luar negara ).

2. Produksi yang dihasilkan pada tahun 2007 dan 2008 sahaja layak menyertai
pertandingan.

3. Tema bagi produksi bla...bla...bla... adalah terbuka (universal) dan mestilah
berbahasa Malaysia.


Syarat pertama sudah tidak melayakkan aku sertai. Syarat berikutnya aku tidak sanggup baca lagi. Entah apa lagi yang terkandung bakal buat aku insaf dan sedar.


Ha ha ha.

17 Mac 2009

Kepala Dan Otak


Sembang dengan kawan. Guna YM.

Bla...bla...bla...
Bla...bla...bla...

Sejam. Tanya itu tanya ini. Hal itu hal ini.
Akhirnya aku terhenti. Tak faham ayat dia.

'Ptt r.'

Apa hal?

Aku : Ptt r ni apa maksudnya weh?

Dia : Patut la, lah.

Aku : Ooo0... macamana cara nak ringkaskan ayat ek?

Dia : Buang aeiou.

Aku : Kejap aku cuba.

Dia : :D

Aku : Cuba kau baca ayat ni boleh faham tak? Aku buang aeiounya.

"Kt Mntr Mlk, Dtk Mhd l Rstm dlrng brtndng jwtn tmbln prsdn mn hjng bln n slps ddpt mlnggr prturn pmlhn mn."

Dia :





Tak membalas YM aku hingga ke sudah.



Sign out dululah!

16 Mac 2009

Orang Dan Manusia


Sibuk. Tak sempat bikin cerita dalam blog. Ekonomi demam. Aku bukan ada 60 Bilion Ringgit Malaysia pun untuk diperuntuk dalam pakej rangsangan ekonomi.

Tunggulah aku buka bisnes. Jual beli manusia. Pilihan raya kecil dah dekat. Ada orang nak beli orang.


Emmm...

07 Mac 2009

Perhimpunan Halal


Hari ini. Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Aku tak ikut serta. Malas. Sebab polis benarkan perhimpunan.

Aku suka kalau polis tak benarkan. Baru ada aksi kejar-mengejar.






Nota : Turun berdemonstrasi, kalau tak jamah gas pemedih mata dan water canon adalah satu kerugian.

04 Mac 2009

Dog Teeerr...


"Dog! Dog!." Seorang lelaki menjerit sambil tangan melambai-lambai ketika sedang berjalan di kaki lima sebuah klinik. Aku lari lintang-pukang. Bimbang digigit atau dijilatnya tangan, satu kerja nak cari tanah. Bukan lelaki itu. Dog, maksud aku.

Sampai di kedai 24 jam, aku berhenti dan menoleh. Tidak jauh dari jarak klinik. Seorang doktor keluar dari kereta dan bersalaman dengan lelaki yang menjerit tadi.

Oouuu...Doc. Doctor. Mati-mati aku ingat dia jeritkan aku sebab ada anjing di belakang tadi. Salah dengar.

01 Mac 2009

3 Terminator


Jarang-jarang aku tonton drama Melayu. Kadang-kadang ada juga ceritanya yang bagus-bagus. Sedikit-sedikit sahaja yang rajin buat kajian ketika menulis cerita.

Malam semalam yang malam. Aku berusaha memberi sokongan kepada drama Melayu. Drama yang ditayangkan sejam. Seminggu sekali agaknya setiap Sabtu.

Dan. Drama Melayu itu sangat bagus dan berkualiti sekali arahannya. Bayangkan 3 pengawal peribadi kepada seorang gadis memakai cermin mata hitam bukan sekadar dalam kafe yang berlampu malap, malah 3 pengawal peribadi turut bercermin mata hitam di malam gelap ketika mengiringi gadis itu pulang.

Huh...

Malaywood sungguh!