18 April 2009

Masuk Percuma, Keluar Berapa Harga?


"Eeeh seronoknya...masuk percuma!" Riang wajah mak cik itu berkata sambil memimpin tangan anak lelaki berhingus. Berdiri menatap poster yang ditampal di hadapan pintu masuk PWTC.

"Oooii masuk percuma kalau keluar berapa pula kena bayar agaknya ya?" Bebelnya sendirian. Ternyata ekonomi yang makin lembab membuatkan rakyat Malaysia pening seketika.

15 April 2009

Jangan Datang Tapi Tak Singgah!


Rugi datang ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC
pada 19 April 2009 jam 2:00 petang
jika tidak singgah ke acara ini.

09 April 2009

Kepala Licin


Pagi yang dingin. Biasanya aku buka e-mel dan semak apa yang patut sebab waktu ini internet di rumah aku laju. Ha haa.

Nota-nota daripada rakan Facebook paling banyak masuk berbanding lubang-lubang kerja tempahan ilustrasi dan karikatur daripada pelanggan. Emmm...

Pagi ini. Aku dapat nota daripada kenalan yang berada di Bandung. Katanya...


Helmy telah menghantar pesanan kepada anda.
-------------------------------------------------------------------

Perkara: Pak cik saya dr Indonesia..Bandung

apakabr pak cik??saya pelukis muda mempunyai karya karya LUKISAN MODERN ARt dr OIL ON CANVAS..sya punya lukisan F! Reds Ferrari Schumi no 3 ukuran 100cmX70cm adakah yg berminat d Malaysia??terimakasih Pak cik..Salam Hangat
-------------------------------------------------------------------

Aduuuuhhh...

Pak cik? Mentang-mentang dalam Facebook aku tampal gambar berjanggut panjang kepala licin.