Ketika jari-jemari terhegeh-hegeh menekan butang-butang huruf menulis rasa yang mahu dikata untuk dibaca. Ada kenduri. Ada karaoke. Ada ramai sumbangkan suara-suara sumbang berdendang.
Langit mula mendung. Ada kenduri. Ada karaoke. Ada ramai sumbangkan suara-suara sumbang berdendang.
Sibuk! Itu saja alasan untuk tidak kemaskini blog bagi seorang yang bukanlah pandai sangat menulis. Dan yang pasti aku bukanlah YB atau menteri apatah lagi Perdana Menteri atau Datuk Bendahara sekalipun untuk beralasan tentang sibuk.
Dan jika YB dan menteri dan Perdana Menteri dan Datuk Bendahara mula berblogging...
Apa lagi alasan sibuk bagi seorang rakyat kecil seperti aku?